
27 Okt – Kejayaan Momok The Movie" yang ditayangkan di pawagam pada Raya Aidilfitri lalu mengejutkan banyak pihak namun perancangan untuk menerbitkan sekuel filem tersebut sudah pun rancak dijalankan.
Menurut pengarah M.Jamil, anggaran jumlah yang berjaya dikutip untuk "Momok The Movie" adalah antara RM2.1 juta ke 2.5 juta sebelum mendapat pengesahan daripada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)
Informasi yang terdapat di blog filem tersebut (www.momokthemovie.blogspot.com) memberitahu pelakon Ebby Yus, Velvet AF3, Julia Ziegler dan Zahida Rafiq dalam perancangan untuk diambil berlakon di dalam sekuel yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2010.
Rancak menghebahkan sesi uji bakat secara online, pengarah juga meminta pelakon, bakat-bakat baru dan mereka yang berminat menghantar maklumat diri kepadanya melalui email untuk pertimbangan.


